Alfafa Group Berhad

Sejarah

Alfafa Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada 13 November 2002 . Syarikat didaftarkan di bawah nombor pendaftaran 598778-D . Ia dimiliki oleh Ustaz Norsham bin Abd.Aziz  bersama Pengarah ke dua Ustazah Habibah binti Darus.

Alfafa di dalam bahasa Arab bermaksud “ kesuburan” . Di dalam surah An Naba ayat 16 yang bermaksud “ dan perkebunan berpohon rimbun yang lebat “  . Alfafa juga bukanlah kata isim al-makrifah yang “ al” tersebut daripada alif laam, tetapi ia adalah kata isim an-nakirah, oleh yang demikian ia tidak perlu dibubuh sengkang ( – ) seperti al-fafa .  Oleh yang demikian ia tetap ALFAFA.

Alfafa Holdings sdn bhd menumpukan kepada sektor penjualan dan pembelian hartanah diseluruh Malaysia , namunpun begitu , Alfafa masih diperingkat bawahan yang mana tumpuan projek banyak di kawasan yang berhampiran dengan pejabat di Kuala Lumpur , termasuk negeri negeri yang berhampiran seperti Negeri Sembilan dan Selangor.

Alfafa Holdings sdn bhd juga sebagai sebuah kontraktor bumiputra . Sekarang memohon kontraktor kelas D .Buat masa sekarang Alfafa Holdings sdn bhd banyak membina rumah rumah kos sederhana dan banglo . Alfafa Holdings sdn bhd telah berjaya membina sebuah taman perumahan yang mengandungi sejumlah 26 unit rumah teres bercampur dengan 5 unit rumah teres 2 tingkat.  Perumahan tersebut dinamakan sebagah PERUMAHAN ALFAFA.

Sepanjang penubuhan , syarikat telah berjaya ke tahap sebuah syarikat multi-national bumiputra yang  berjaya . Multi- National bumiputra bermaksud syarikat milikan 100 % bumiputra yang menjalankan perbagai aktiviti perniagaan , besar atau kecil  samada yang sedang berjalan sekarang , ataupun apa apa aktiviti perniagaan yang bakal dirancangkan akan datang.